The Hearabouts




Arnab!
Saturday, 18 January 2014 | 08:09 | 0 Comment
Ramai orang menjadi kan arnab sebagai haiwan peliharaan kerana penjagaan nya yang mudah dan sifatnya yang sangat COMEL. Saya tidak melepaskan peluang untuk membela haiwan comel tersebut. Ini adalah sedikit sedikit sebanyak info tentang jenis jenis arnab.

Jenis-jenis Arnab

1) Arnab Lion head

Arnab Lionhead

Arnab lion head merupakan antara baka arnab domestik yang terbaru dihasilkan walaupun belum dikenalpasti secara sah oleh American Rabbit Breeders' Association (ARBA) .  Arnab lion head mempunyai surai atau bulu panjang di belakang kepala yang dikenali sebagai "mane" sebagaimana singa jantan bersesuaian dengan namanya. Karektor lain bagi lion head termasuklah bentuk kepala yang bulat dan bersaiz kecil, biasanya 2.5 - 3.5 pound. Selain itu, telinganya agak pendek dan lebih tebal berbanding kebanyakan arnab jenis lain.

Arnab lion head berasal dari Belgium. Ia dilaporkan telah terhasil oleh kegiatan pembiak baka yang ingin menghasilkan arnab katik (dwarf) yang berbulu panjang melalui pembiakan silang antara Swiss Fox dan Belgian dwarf. Arnab lion head mendapat sambutan menggalakkan dan lebih popular daripada arnab katik berbulu panjang. Oleh itu pembiak baka memberi tumpuan lebih serius dalam menghasilkan arnab jenis ini.

Arnab Lionhead


2) Arnab Holland Lop 

Arnab Holland Lop

Holland Lop adalah baka arnab yang berasal di Belanda. Baka telah diiktiraf oleh Belanda 'Pengelola Arnab Majlis pada tahun 1964 dan Amerika Arnab Persatuan Penternak' pada tahun 1979. Mereka adalah haiwan peliharaan rumah yang popular, terkenal dengan perangai manis mereka dan tingkah laku nonaggressive.

Arnab Holland Lop


3) Arnab Teddy Bear

Arnab Teddy Bear

Teddy Bear, sejenis arnab berbulu panjang, lebat dan lurus. Panjang bulunya sekitar 3-5 inci. Berat badan, maksimum 1-1.8 kg ketika matang. Arnab jenis ini merupakan arnab terlaris di Thailand berikutan harganya yang mampu dimiliki. Baka Teddy Bear terhasil dari kacukan arnab Lionhead dan Jerry Woody.

Arnab Teddy Bear

4) Arnab Ekor Kapas Timur

Arnab Ekor Kapas Timur

Arnab Ekor Kapas Timur atau nama Inggerisnya "Eastern cottontail" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus floridanus

Arnab Ekor Kapas Timur

5) Arnab Jack Ekor Hitam

Arnab Jack Ekor Hitam

Arnab Jack Ekor Hitam atau nama Inggerisnya "Black-tailed Jackrabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus californicus

Arnab Jack Ekor Hitam

6) Arnab Angora

Arnab Angora

Arnab Angora (Bahasa Turki: Ankara tavşanı) ialah sejenis arnab bela jinak yang diternak untuk bulunya yang panjang dan lembut. Arnab Angora adalah antara jenis arnab jinak yang tertua di dunia, dan berasal dari Ankara (dahulunya dikenali sebagai Angora), Turki, bersama dengan kucing Angora dan kambing Angora. Arnab ini menjadi haiwan belaan kegemaran kerabat diraja Perancis pada pertengahan abad ke-18, kemudian merebak ke merata Eropahmenjelang akhir abad itu. Arnab Angora mula-mula tiba di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Arnab Angora diternak untuk bulunya, yang boleh ditanggalkan dengan mengetam, menyikat, atau mencarik. Arnab Angora juga terbahagi kepada pelbagai baka, tetapi hanya empat daripadanya yang diiktiraf oleh ARBA, iaitu Inggeris, Perancis, Gergasi dan Satin. Baka-baka lain termasuk Jerman, Cina, Switzerland, Finland dan lain-lain.

Arnab Angora

7) Arnab Amami (Baby)

Arnab Amami (Baby)

Arnab Amami atau nama Inggerisnya "Amami rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Pentalagus furnessi

Arnab Amami (Baby)

Ini adalah sedikit sebanyak jenis jenis arnab. :) Omey sangat sangat. hehe :B






0 Comment(s)



Copyright© All Rights Reserved DISCOVER.ME.ZURA