Saturday, 18 January 2014 | 09:25 | 0 Comment
Ekzema atau dermatitis adalah
penyakit kulit yang dialami oleh semua peringkat umur. Tedapat rawatan ekzema bagi
mengurangkan penyakit ini. Ekzema ini berperingkat, yang ringan hingga yang
berat. Bagi ekzema ringan, kulit akan menjadi kering, rasa panas dan
gatal-gatal.
Ekzema yang agak berat pula, kulit
menjadi pecah, retak dan juga berdarah. Walaupun nampak teruk, ekzema tak
berjangkit. Dengan rawatan ekzema yang baik, sakit akan berkurangan. Tapi mesti
berjaga-jaga kerana kulit pesakit ekzema agak sensitif. Perlu penjagaan yang
lebih:
4 Rawatan Ekzema
(General)
- Elakkan dari perkara yang merengsa seperti
bahan kimia atau pakaian yang gatal.
- Gunakan selalu 'emollients' bahan pencuci
bukan sabun. Juga krim pelembap yang khas untuk ekzema.
- Gunakan rawatan anti-radang sama ada
berasaskan steroids atau yang semulajadi dan tiada kesan sampingan
- Penggunaan sarung tangan juga disarankan. Bagi
mengelak kulit tercedera apabila digaru kerana gatal.
Ya, ekzema bukan mudah hendak
dihilangkan. Rawatan ekzema boleh jadi leceh dan memenatkan. Tapi bersabarlah,
jika benar rawatan yang diambil, ekzema akan berkurangan.
6
Cara Mencegah Ekzema Lebih Teruk
- 5 Minutes Rule, sapakan
emollient sekitar 5 minit selepas mandi. Masa ini, kulit akan kehilangan
lembapan dan menjadi kering
- Beli atau guna pakaian dan
'bedding' yang berasaskan cotton.
- Pastikan kuku anak yang ada
ekzema kekal pendek.
- Sarungkan sarung tangan bagi
anak yang kecil.
- Elakkan apa juga yang boleh
'trigger ekzema'. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan sintetik.
- Bagi punca ekzema yang
disebabkan 'dust mites'. Jangan gunakan carpet. Basuh selalu pakaian, bedding
dan 'soft toys' untuk elak ekzema menjadi parah.
- Cari tempat yang sejuk elak
kulit menjadi gatal.
Rawatan
Ekzema: Dalaman
Ekzema boleh
dicegah menjadi lebih teruk dengan pengambilan makanan tambahan yang baik.
Bahan semulajadi bagi mengawal kegatalan dan radang. Juga merawat luka-luka
disebabkan ekzema. Set Ekzema Shaklee, insyaallah membantu mengurangkan ekzema
yang teruk.
Set ini terdiri
dari Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP) dan GLA. Kebaikan bagi merawat
ekzema:
Omega
Guard: Bersifat semulajadi anti radang. Juga
memulihkan dan mengawal ekzema dari dari dalam. Pengambilan yang konsisten akan
elakkan ekzema dari menyerang.
ESP: Kaya
dengan protein soya. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan cepat.
Memulihkan parut dan bekas ekzema.
GLA: Bagus
untuk hampir semua sakit kulit. Mengurangkan kegatalan. Melembapkan kulit yang
kering disebabkan ekzema.
Bagi krim
sapuan, Herbal Blend Cream Shaklee boleh digunakan untuk kurangkan kerengsaan
kulit. Shaklee 100% semulajadi. Tiada sebarang bahan sintetik mahupun bahan
kimia. Harga untuk Set
Ekzema Shaklee ini RM406. Saya tawarkan harga yang
lebih murah hanya RM34X.XX sahaja. Hubungi saya untuk harga yang istimewa ini.
Dan saya akan cadangan cara yang terbaik untuk mengawal ekzema ini.
Jangan putus harapan. Jika ada usaha,
Insyaallah ekzema boleh diubati. Ya ada yang kata ekzema penyakit seumur hidup.
Tapi, yakinlah setiap penyakit ada penawarnya.
0 Comment(s)
| 08:09 | 0 Comment
Ramai orang menjadi kan arnab sebagai haiwan peliharaan kerana penjagaan nya yang mudah dan sifatnya yang sangat COMEL. Saya tidak melepaskan peluang untuk membela haiwan comel tersebut. Ini adalah sedikit sedikit sebanyak info tentang jenis jenis arnab.
Jenis-jenis Arnab
1) Arnab Lion head
Arnab Lionhead
Arnab lion head merupakan antara baka arnab domestik yang
terbaru dihasilkan walaupun belum dikenalpasti secara sah oleh American Rabbit
Breeders' Association (ARBA) . Arnab
lion head mempunyai surai atau bulu panjang di belakang kepala yang dikenali
sebagai "mane" sebagaimana singa jantan bersesuaian dengan namanya. Karektor
lain bagi lion head termasuklah bentuk kepala yang bulat dan bersaiz kecil,
biasanya 2.5 - 3.5 pound. Selain itu, telinganya agak pendek dan lebih tebal
berbanding kebanyakan arnab jenis lain.
Arnab lion head berasal dari Belgium. Ia dilaporkan telah
terhasil oleh kegiatan pembiak baka yang ingin menghasilkan arnab katik (dwarf)
yang berbulu panjang melalui pembiakan silang antara Swiss Fox dan Belgian
dwarf. Arnab lion head mendapat sambutan menggalakkan dan lebih popular
daripada arnab katik berbulu panjang. Oleh itu pembiak baka memberi tumpuan lebih
serius dalam menghasilkan arnab jenis ini.
Arnab Lionhead
2) Arnab Holland Lop
Arnab Holland Lop
Holland Lop adalah baka arnab yang berasal di Belanda. Baka
telah diiktiraf oleh Belanda 'Pengelola Arnab Majlis pada tahun 1964 dan
Amerika Arnab Persatuan Penternak' pada tahun 1979. Mereka adalah haiwan
peliharaan rumah yang popular, terkenal dengan perangai manis mereka dan
tingkah laku nonaggressive.
Arnab Holland Lop
3) Arnab Teddy Bear
Arnab Teddy Bear
Teddy Bear, sejenis arnab berbulu panjang, lebat dan lurus.
Panjang bulunya sekitar 3-5 inci. Berat badan, maksimum 1-1.8 kg ketika matang.
Arnab jenis ini merupakan arnab terlaris di Thailand berikutan harganya yang
mampu dimiliki. Baka Teddy Bear terhasil dari kacukan arnab Lionhead dan Jerry
Woody.
Arnab Teddy Bear
4) Arnab Ekor Kapas Timur
Arnab Ekor Kapas Timur
Arnab Ekor Kapas Timur atau nama Inggerisnya "Eastern cottontail" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus floridanus
Arnab Ekor Kapas Timur
5) Arnab Jack Ekor Hitam
Arnab Jack Ekor Hitam
Arnab Jack Ekor Hitam atau nama Inggerisnya "Black-tailed Jackrabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus californicus
Arnab Jack Ekor Hitam
6) Arnab Angora
Arnab Angora
Arnab Angora (Bahasa Turki: Ankara tavşanı) ialah sejenis arnab bela jinak yang diternak untuk bulunya yang panjang dan lembut. Arnab Angora adalah antara jenis arnab jinak yang tertua di dunia, dan berasal dari Ankara (dahulunya dikenali sebagai Angora), Turki, bersama dengan kucing Angora dan kambing Angora. Arnab ini menjadi haiwan belaan kegemaran kerabat diraja Perancis pada pertengahan abad ke-18, kemudian merebak ke merata Eropahmenjelang akhir abad itu. Arnab Angora mula-mula tiba di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Arnab Angora diternak untuk bulunya, yang boleh ditanggalkan dengan mengetam, menyikat, atau mencarik. Arnab Angora juga terbahagi kepada pelbagai baka, tetapi hanya empat daripadanya yang diiktiraf oleh ARBA, iaitu Inggeris, Perancis, Gergasi dan Satin. Baka-baka lain termasuk Jerman, Cina, Switzerland, Finland dan lain-lain.
Arnab Angora
7) Arnab Amami (Baby)
Arnab Amami (Baby)
Arnab Amami atau nama Inggerisnya "Amami rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Pentalagus furnessi
Arnab Amami (Baby)
Ini adalah sedikit sebanyak jenis jenis arnab. :) Omey sangat sangat. hehe :B
0 Comment(s)
| 07:09 | 0 Comment
Okay mesti ramai yang tak tahu kan??
Haaa kalau tak tahu meh baca sikit meh. At least ada lah juga sedikit
information dalam diri awak J hehe #ceh
Ekzema ialah kondisi
kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15
dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum
anak berusia dua tahun.
Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?
Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema
tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi
termasuk ekzema, asma dan demam alergi
semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.
Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.
Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.
Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.
Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?
Rawatan ekzema bergantung kepada
keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang
merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen
emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah
steroid untuk jangka masa yang pendek.
Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat
ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan
kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti
banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi
kering.
Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien.
Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai
bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan
mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan
untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh
melecetkan kulit bayi anda.
Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti
emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi
preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk
meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda
atau tadika.
Adakah penggunaan steroid membahayakan?
Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang
menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai
ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara
berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk
bayi dan kanak-kanak kecil.
Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.
Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.
Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.

Apakah rawatan lain yang ada?
Pil antihistamin kadangkala
dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya
mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan
ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh
itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor
anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.
Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.
Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?
Setengah ibubapa mendapati bahawa
homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan
ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.
Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.
Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.
Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?
Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan
infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika
ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan
memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.
Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.
Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.
Bolehkah saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan daripada mendapat ekzema dari mulanya?
Menyusu badan untuk tempoh
sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara
ekslusif selama enam bulan.
Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.
Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?
Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang
anda boleh cuba:
·
Elok jika anda menyimpan
diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan
membincang ini dengan doktor anda.
·
Setengah pakar percaya
yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi
kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan
makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa
berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa
mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang
sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus
kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
·
Setengah doktor percaya
bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti
kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata
rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh
kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah
C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi
anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk
menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi
fokus kepada rawatan ekzema.
·
Pakaian jenis kain
benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan
lebih teruk.
·
Bilik yang panas boleh
membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu
ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan
lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan
bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.
·
Pastikan kuku bayi
pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.
0 Comment(s)